Monday, July 15, 2013

Penggunaan Tablet Dalam PDP


Tablet pengganti buku teks di ASTablet pengganti buku teks di AS



WASHINGTON -  Buku teks merupakan bahan penting  dalam proses pengajaran di sekolah.
Bagaimanapun, pelajar di Amerika Syarikat (AS) kini didedahkan dengan alat bantu mengajar yang lebih canggih dan ringan.

Kebanyakan sekolah kini menggunakan iPad sebagai cara untuk menarik minat pelajar dalam kelas, ganjaran terhadap pencapaian cemerlang mereka selain dapat mengurangkan kos.

Ketua program pendidikan tablet di bawah News Corp, Joel Klein berkata, pihak sekolah mesti mengambil peluang untuk menggunakan teknologi itu untuk memperkasakan guru dan memperbaiki cara pembelajaran murid.

“Menerusi  kaedah ini, ia dapat mengubah corak pembelajaran dengan membantu guru mengendalikan bilik darjah dan memberi arahan lebih mudah kepada murid atau pelajar mereka, “ kata bekas pengetua sebuah sekolah di New York itu lagi.


Galaxy Tab digunakan sebagai alat pengajaran di sekolah


Syarikat Samsung dan sekolah tinggi Daegu di Korea Selatan bersetuju untuk mewujudkan ‘Smart School’ menggunakan Samsung Galaxy Tab tablets sebagai alat bantuan mengajar.Galaxy Tab akan digunakan untuk pengajaran dalam kelas di mana terdapat wireless di sekolah tersebut yang akan menyediakan perkongsian bahan berkaitan akademik.
Selain itu, komunikasi interaktif boleh direalisasikan antara guru dan ibu bapa menerusi tablet ini dalam menghantar report kad di mana dalam aplikasi tablet ini,terdapat sistem yang akan menilai prestasi pelajar berdasarkan tahap pembelajaran individu. Sistem ini akan menentukan menapis pelajar untuk ke kelas pandai berdasarkan penunjuk prestasi dalam sistem ini. Selain itu, sistem ini juga menyediakan pengurusan pinjaman buku,katering dan lain-lain yang meliputi kehidupan sebuah sekolah.Layan gambar seterusnya.










No comments:

Post a Comment